Assalamualaikum.....
Kembali semula di arena ini setelah sekian lama terlalu banyak tugasan yang harus diselesaikan. Perasaan lega setelah tugasan di kem dapat diselesaikan hingga ke akhirnya. Namun pelbagai suka dan duka sepanjang mengendalikan kursus tidak dapat nak dilupakan. Yang pasti lebih banyak pengalaman pahit yang dapat dirasakan. Hinggakan selepas kem habis pun masih lagi belum selesai.
Ketika di dalam kem beberapa kali NM yang kupanggil kak nor menemui aku memohon izin untuk membenarkan adik angkatnya ke mari. Adik angkatnya itu NMR bukan orang lain kerana pernah menjadi kekasih aku. Aku katakan pd NM kenapa mesti dapatkan keizinan aku kerana bukan aku yang berkuasa di dalam kem. Dipendekkan cerita aku serah je pada NM kerana aku tidak berkuasa untuk menhalang sesiapa yang ingin hadir melawat ke kem.
Aku tidak tahu apakah sebenarnya tujuan NMR datang ke kem. Untuk menemui aku? Tentunya tidak sekali-kali kerana aku adalah orang paling dia benci. Aku jugak orang yang sering dihina kerana kasta aku yang rendah dan selalu diumpatkeji oleh masyarakat yang ada disekeliling aku.
Setiap kali NMR datang ke kem, aku adalah orang yang terkemudian dapat tahu. Lepas tu akan ada kawan-kawan aku yang datang menemui aku mengajak aku untuk keluar minum atas permintaan NMR. Namun seperti selalunya aku akan menolak kerana ajakan itu bukan untuk aku pun dan kalau betul nak ajak aku minum mengapa perlu disampaikan melalui orang lain? Fon aku kan ada? Mesej aku untuk kata macam-macam boleh pulak. Nak ajak minum pakai orang tengah.
Setelah beberapa kali hadir ke kem baru aku dapat tahu bahawa tujuan NMR ke kem adalah untuk berbaik semula dengan aku. Entah ye entah tidak aku pun tak tahu tapi itulah yang disampaikan oleh teman-teman NMR seperti kak NM. Aku jugak diajak berjalan-jalan walaupun jam dah 4 pagi. Naik van yang dipandu oleh kawan aku ZAZ. NMR juga naik dan duduk bersebelahan dengan kawan aku NHN. Aku di tempat duduk belakang mereka.
Selang beberapa kilometer keluar dari kem NMR beralih ke tempat duduk aku di belakang dan terus menyandar di bahu kiri aku. Aku melihat apa yang dilakukannya dan memikirkan apakah sebenarnya yang ingin dilakukannya. Ternyata dia memegang tanganku dan kami berbual walaupun aku hanya bertutur bila ditanya.
Rupa-rupanya di siri kursus yang akhir itulah setelah dinasihati oleh kak NM maka NMR datang untuk memulihkan kembali perhubungan kami. Aku tidak pantas memberikan keputusan kerana aku tahu aku bukanlah lelaki yang terbaik untuknya. Aku yang telah dicaci,dihina dan dihebohkan bukan saja melalui mulut tetapi jugak di FB. Setelah kata aku macam-macam masih mahukan aku lagi ke? Takkan aku yang NMR katakan jantan tak guna,penipu,kaki betina dan macam-macam lagi masih NMR mahu kembali pada aku??? Tapi betul. NMR memang mahu kembali pada aku.
Selang seminggu kem habis, ajak aku pergi bercuti. Aku berikan pelbagai alasan kerana aku perlu berhati-hati. Setelah diminta berkali-kali dan kawan baik aku juga mengajak aku pergi lalu aku turutkan. Bila pergi bercuti walaupun sehari aku ingatkan aku benar-benar diperlukan kerana kasih dan sayangnya NMR kepada aku. Gambar diambil dengan bermacam gaya. Seolah-olah mesranya kami dan kembali sebagai pasangan kekasih.
Jelas dan nyata semua itu hanyalah sandiwara belaka. Sekali saja aku tidak menurut katanya penuh ruangan di FB kutuk aku macam-macam. Mesej dihantar dengan pelbagai kata nista untuk ku. Siap nak saman aku lagi. Aku tidak akan lari dari kenyataan. NMR yakin aku tidak mampu untuk melawannya di mahkamah kerana aku ini miskin dan susah. Seandainya itu menjadi kenyataan maka lihatlah nanti siapa yang akan menanggung malu dan apakah ia akan berakhir di situ.
Pada aku, perasaan ini semakin kuat. Namun bukan aku sengajakan. Bukan jugak aku menuju kepada semua kaum hawa. Akan tetapi daripada perlakuan mereka ini jelas membuatkan aku semakin membenci sebahagian dari kaum hawa ini. Hipokrit dan penuh sandiwara...
Laksamana Tanjung
Wednesday, August 3, 2011
Friday, July 15, 2011
Assalamualaikum........
Awakkk.....
Ketika ini saya masih lagi keseorangan. Tiada sesiapapun menemani saya. Saya sepi la awakkk...
Saya selalu menyatakan saya tak boleh jika awak tak ada dengan saya. Memang betul pun. Apatah lagi disaat saya benar-benar memerlukan awak. Tika ini saya perlukan awakkk......
Saya tahu...ada lagi orang yang lebih memerlukan awak. Saya tidak boleh untuk menarik awak menemani saya. Saya tahu seharian ini orang lain dan rakan-rakan awak masih memerlukan awak sangat-sangat. Saya kena hormati itu dan saya kena akur.
Awakkk.....
mengadakah saya dengan awak? Saya terlebih-lebih ke dengan awak? Kalau saya begitu saya harap awak maafkanlah saya. Mungkin tanpa saya sedari yang saya tidak sepatutnya begitu. Saya salah kiranya saya cuba bermanja dengan awak. Saya juga salah kerana inginkan perhatian dari awak.
Maafkan saya ye...
Awakkk.....
awak terlalu istimewa pada saya. Saya tahu saya boleh berkongsi dengan awak. Awak baik. Awak selalu ambil berat akan saya. Saya suka jika boleh bercakap dengan awak. Awak sentiasa mendengar. Awak jugak manja. Saya suka dengan kemanjaan awak. Saya jugak suka dengan lontaran suara awak bila awak bersuara. Suka saya.
Awakkk...
awak tahu tak? Saya pun berharap untuk saya dapat minum dengan awak. Sukanya saya bila awak cakap lepas ni nak gi minum ramai-ramai. Saya pun laparlah. Saya sengaja tunggu untuk makan dengan awak. Saya tahu lepas selesai semua tentu awak pergi minum. Bila pergi minum tentu saya dapat makan dengan awak. Tapi........
Ermmm....tak pe la.
Awakkk.....
T.kasih segalanya di atas kecaknaan awak pada saya selama ini. Saya tahu awak memang baik. Beruntung saya dapat mengenali awak. Saya jugak tahu saya takkan dapat bersama dengan awak selamanya. Namun seandainya saya pergi saat ini pun pasti akan saya bersama segala kenangan bersama awak. Awak tau tak? Ia terlalu indah bagi saya. Saya akan abadikan di dalam hati saya ini agar ia akan terus bersemadi bersama saya selama-lamanya.
Awakkk......
saya penatlah...mungkin sebab saya lapar kot. Saya nak rehat dululah. Tadi pun saya dah rehat. Saya tak nak fikir banyak-banyak lagi. Kalau saya fikir akan jadi stress. Bila stress tau la apa akan jadi. Saya pun tak puas lagi nak berbicara dengan awak tapi keadaan saya tidak mengizinkan. Saya sakitlah awkkk...tapi sakit lagi di hati saya ini bila mengenangkan apa yang telah berlaku pada saya hari ini. Mcm saya ni menumpang di rumah sendiri. Tak pe la awk...saya simpan je semua tu.
Awakkk......
tahniah ye. hari ini awak dan kawan-kawan telah berjaya. Ramai orang datang. Walaupun saya sekadar melawat saja tadi tapi hati saya suka bila melihatkan sambutan yang diberi. Saya jugak terharu dan bangga dengan adik-adik saya yang sanggup turun membantu. Hanya Allah yang dapat membalas jasa dan pengorbanan mereka.
Awakkk.......
awak jangan risaukan saya lagi. Nanti awak ada komitmen lain yang perlu awak tunaikan. Hujan-hujan macam ni alangkah bahagianya dapat bersama keluarga. Mungkin saya ditakdirkan begini.
Ingatlah pesanan saya. Setiap yang datang pasti akan pergi. Setiap yang muncul pasti akan HILANG.
Namun roh dan semangat perjuangan saya akan terus bersama awak. Sesuangguhnya perjuangan ini takkan TERHENTI DI SINI... Akhir kata dari saya segalanya akan saya abadikan dari awal perkenalan kita. Setiap detik yang berlalu akan menjadi suatu kenangan yang terindah. Ia takkan sesekali dilupakan. Pastinya akan saya abadikan dalam 'Sweet Memory'.
Awak yang teristimewa............

Sayangi Negara Kita
Assalamualaikum...
Salam sebagai pembuka bicara buat kali ini. Mudah-mudahan bicara kali ini akan membuka minda kita bersama. Jika nak diikutkan memang keadaan diri yang semakin hilang keupayaan ini tidak lagi mampu untuk bersayembara di ruangan ini. Namun itu tidak menjadi suatu halangan kerana perjuangan masih belum selesai. Terlalu jauh perjalanan yang harus ditempuhi sebelum mendarat di destinasi.
Hari demi hari yang berlalu semakin meninggalkan kita. Semakin meningkatlah usia dan semakin dekatlah untuk kembali menemui Ilahi. Apa yang bakal ditempuhi tidak akan menghalang untuk sebuah perjuangan tiba hingga ke penghujungnya.
Baru saja beberapa hari berlakunya pertembungan umat Melayu sesama bangsa di bandaraya ibu kota. Masing-masing dengan prinsip sendiri. Yang pastinya perbezaan ideologi politik telah menjuruskan keadaan negara yang aman sentosa bergelora seketika.
Tercapaikah maksud gerombolan manusia yang membawa label 'BERSIH'? Dapatkah dipercepatkan proses pilihanraya? Kenapa tidak dilaksanakan di Pulau Pinang? Kedah atau Kelantan? Mengapa harus dilakukan di bandaraya Kuala Lumpur?
Negeri-negeri itu memang dah di bawah pengaruh kerajaan pakatan rakyat maka segala usaha mestilah kena menjaga 'kesucian kepimpinan' kerajaan pakatan rakyat yang ada. Kuala Lumpur adalah ibu negara. Maka pelbagai perkara yang berlaku di Kuala Lumpur akan memberikan kesan yang cukup besar kepada kepimpinan negara.
Mereka memang telah berjaya menimbulkan huru-hara dengan perarakan dan perlakuan yang menunjukkan betapa kurang ajarnya sesetengah daripada mereka. Mengapa harus diteruskan perarakan ini? Apakah tiada cara lain untuk menyatakan ketidakpuasan hati?
Kesan yang cukup besar kepada negara bila beberapa buah stesen tv luar negara turut merakamkan perarakan dan bila dihalang oleh pihak polis maka berlakulah pertempuran. Polis jua yang dipersalahkan. Tidakkah mereka ini sedar bahawa tugas polis menjaga keamanan negara dan polis jua yang mempertahankan kerajaan yang ada. Begitu juga di negeri-negeri yang di bawah pentadbiran pembangkang. Polis tetap mengutamakan dasar kerajaan yang memerintah.
Hindarilah perlakuan sedemikian rupa. Negara luar tidak pasal-pasal akan mengatakan negara kita ini tidak aman. Kesannya cukup besar. Bukan hanya kepada kerajaan tetapi juga kepada rakyat.
Cukuplah dengan apa yang telah dilalui. Hentikanlah perbuatan yang boleh memberi kesan buruk kepada negara dan rakyat keseluruhannya.
Sayangilah tanahair kita ini. Jangan dirosakkan keamanan dan kesejahteraan yang kita nikmati selama ini. Hargailah sebuah kemerdekaan.

Thursday, June 23, 2011
Perjuangan Melayu Generasi Baru
Assalamualaikum.
Salam hormat buat semua. Pergolakan yang berlaku di antara sesama bangsa Melayu di dalam negara kita ketika ini seperti menggambarkan bahawa pertembungan bangsa dalam menghadapi situasi pilihanraya kian meruncing.
Amat membimbangkan bilamana generasi baru Melayu hari ini masih tidak menyedari bahawa tanggungjawab mereka adalah besar bagi menentukan kedudukan orang Melayu selepas ini. Tidak dapat tidak harus diterima bahawa selama kita merdeka pemerintahan negara ditentukan melalui proses pilihanraya. Negara kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen yang rajanya berperlembagaan. Sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.
Apakah generasi muda Melayu hari ini menyedari bahawa negara amat memerlukan tenaga mereka. Pengundi baru Melayu dikatakan bakal penentu kepada kedudukan kuasa politik Melayu selepas ini. Namun apakah mereka menyedari semua itu? Tiada siapa yang berani memberikan jaminan.
Kepada siapakah tanggungjawab ini harus diberi bagi menyedari generasi baru Melayu? Kalau nak diharapkan kepada parti politik semata-mata apakah tanggungjawab itu akan tertunai? Lihatlah apa yang berlaku kepada parti-parti politik Melayu yang ada ketika ini. Apakah mereka telah menunaikan tanggungjawab mereka?
Semoga akan ada pihak-pihak yang akan mengambil tanggungjawab ini. Bukan hanya mengharapkan kepada parti-parti politik semata-mata. Bagi meneruskan perjuangan bangsa maka bangsa Melayulah yang sewajarnya mengambil tanggungjawab ini. Sayangilah bangsa kita........

Thursday, June 2, 2011
Salam perjuangan dan selamat bertemu kembali.
Setelah sekian lama baru saat ini punya masa utk kembali menulis di ruangan ini. Tugasan yg terlalu banyak ditambah lagi dengan kerja di luar daerah membantutkan masa untuk menulis di ruangan ini. Sepanjang beberapa bulan ini pelbagai pengalaman baru dilalui. Namun kisah-kisah lama masih tidak luput dari ingatan.
Aku tidak mengerti mengapakah ia masih berlarutan? Ingatkan bila berdiam diri boleh meredakan suasana yg bercelaruan. Rupanya tanggapan itu salah. Aku masih dihujani pelbagai persoalan dan amat memilukan bila dikata macam-macam sedangkan aku tidak pun berkelakuan sedemikian.
Aku tidak pernah saja-saja untuk membuka keaiban orang kerana itu bukannya sikap aku. Kalau aku nak berbuat demikian pun takkanlah perlu menunggu setahun untuk mendedahkannya. Itu bukan cara aku. Soal orang nak membuka keaiban aku itu hak mereka. Yang pasti aku tidak berani untuk berbuat demikian kerana ia seperti membuka aib sendiri.
Aku dicemburui kerana rapatnya aku dengan seorang adik yang ku anggap tak ubah seperti adik sendiri. Aku amat mengambil berat tentangnya semenjak beberapa tahun yang lalu. Bukan mengada-ngada tetapi kerana dia bercinta dengan adik angkat aku AS. Hinggalah aku dikejutkan dengan berita yang sukar untuk aku percaya. Sudah menjadi lumrah aku suka menolong orang yang di dalam kesusahan. Tolong pun sekadar yang termampu. Masih segar di ingatan waktu adik angkat ku ini datang menemui aku yang ketika itu aku bertugas di luar daerah. Memandu seorang diri berpuluh kilometer jauhnya. Ditambah lagi dengan kesakitan yang terpaksa ditanggung.
Tanpa membuang masa terus berangkat ke selatan untuk menyelamatkan keadaan ini. Hinggalah selesai urusan yang diuruskan oleh temanku di sana. Ketika itu aku dan temanku itu amat rapat. Oleh kerana permintaan aku untuk menyelamatkan adik angkatku ini temanku bersetuju untuk membantu. Setelah perbincangan di buat adik angkatku ini perlu segera dibedah. Ketika adik angkatku di dalam dewan pembedahan aku langsung tidak keluar dan selalu hampir dengan dewan bedah. Bimbang betul akan keadaannya dan rasa tanggungjawab itu amat menebal di hatiku untuk menjaganya. Pelbagai perkara yang difikirkan. Mujurlah ketika itu teman baikku sentiasa bersama aku dan memberikan aku semangat.
Selang beberapa jam selesai pembedahan dan keadaan adik angkat ku yang stabil membuatkan aku bersyukur ke hadrat Ilahi yang memakbulkan doaku sepanjang adik angkatku berada di dalam dewan bedah. Setelah rehat dan bangkit dari tidur doktor telah membenarkan adik angkatku di bawa pulang. Bergeraklah aku bersama temanku. AS dan sahabatku KF.
Di bilik yang dikhaskan untuk adik angkatku berehat kami berempat berkumpul menjaganya. Oleh kerana sedikit pengalaman yang ada padaku maka akulah yang paling sibuk uruskan yang terbaik untuk menjaga adik angkatku itu. Selain dari ubat-ubat makan minum cukup terjaga hinggalah adik angkatku melelapkan matanya.
Bayangkan betapa sayunya hatiku tika menatap wajahnya yang lena dalam tidurnya. Tentunya ia kepenatan dan sakitnya hanya dia yang merasai. Hatiku berdetik untuk menjaganya sebaik mungkin biarpun dia hanyalah adik angkatku. Aku memicit kaki dan tangannya agar adik angkatku tidak merasa kebas sehinggalah aku terlena di pembaringannya. Malu dan tergelak aku bila kawanku KF memberitahu aku keesokannya yang aku telah menindih kaki adik angkatku tanpa disedari. kesian dia. Puas hati aku menjaganya dan aku amat menghargai kawanku KF yang bersama-sama aku.
Sampai masa aku perlu melaporkan diri ke kem. Serba salah aku untuk membawa adik angkatku pulang kerana kesihatannya masih belum pulih sepenuhnya. Mujurlah temanku ketika itu telah berbincang dengan kawannya untuk menumpangkan adik angkatku sementara waktu. Setelah selesai semua dan adik angkatku pun bersetuju untuk tinggal di situ buat beberapa hari maka aku pun bersiap-siap untuk pulang semula ke kem.
Hingga ke saat ini aku masih terbayangkan detik-detik yang amat mengharukan itu. Betapa beratnya hati untuk pergi. Namun lantaran tugas aku terpaksa. Sewaktu di kem fikiranku sentiasa memikirkan adik angkatku itu. Aku amat berterima kasih kepada temanku yang selalu melaporkan kepada aku dan kami selalu berbincang untuk kebaikan adik angkatku itu.
Setelah 3 hari aku menuju semula ke selatan bersama kawanku KF untuk menjemput adik angkatku pulang. Perjalanan yang jauh dirasakan singkat sahaja kerana ingin melihat keadaannya. Aku tidak punya masa yang banyak kerana tugasan lain sedang menanti dan perlu segera kembali. Semua barang-barang telah dimasukkan ke kereta dan saat yang amat memilukan apabila terpaksa meninggalkan temanku yang amat kusayang. Pelukan dan tangisannya sampai sekarang tidak dapat kulupakan. Betapa kuatnya kasih sayang itu antara kami. Gambar-gambar yang diambil juga pada hari itu sering kutatap tapi sayangnya semua gambar yang tersimpan dalam e-melku telah hilang tanpa pengetahuanku. Aku amat kecewa kerana hanya itu memori yang aku ada.
Kini, setelah setahun berlalu adik angkatku tidak lagi seperti dulu. Dia telah bersikap dingin dan tidak lagi melayan aku seperti dulu walaupun beberapa kali aku pergi menemui di pejabatnya. Aku sedar kerana salah tanggapan ia kepadaku. Demi Tuhan aku tidak menaburkan ceritanya kepada umum kerana ia sebahagian dari hidupku. Biarpun ia memusuhi tetapi aku tidak pernah menganggap serong padanya. Tidak terfikirkah dia untuk apa aku membuka cerita sedangkan aku amat menjaga maruahnya selama ini. Malah kalau tidak kerana maruah aku tidak perlu ambil tahu. Akan tetapi aku menjaga kepentingan dan namanya. Biarpun kini adik angkatku dan temanku sendiri membenciku namun aku redha segalanya. Aku tidak kisah biarpun mereka membenciku kerana hanya Allah yang tahu segalanya.
Luahan ini terpaksa kuluahkan di sini kerana selama ini aku memendam rasa dan tiada teman untuk berkongsi dan memahami isihatiku. Ampun maaf kupohonkan andainya luahan ini mengguris hati sesiapa namun tiada niat untuk menyinggung perasaan hati sesiapa kerana ia hanyalah Luahan Hatiku yang lara...........

Friday, February 11, 2011
Apa tujuan Tok Guru mahu berdebat?
Geram dan tercabar... mengapa Tok Guru begitu optimis mahu berdebat? Apakah motifnya? Dah tentu bila berdebat akan mengaibkan bila kalah dalam perdebatan.Apakah perdebatan ini untuk menegakkan agama atau sekadar mencari publisiti politik?
Bila cabaran dibuat maka akan adalah penyahutnya. Maka akan terjadilah pertembungan antara dua pihak. Apabila ianya terjadi kesan menyeluruh akan menunjuk terus ke arah agama Islam dan bangsa melayu. Ideologi politik yang berbeza tetapi agama yang dipertaruhkan semata-mata untuk melihat siapa kuat dialah kudrat.
Jangan kerana politik maka kita sanggup menghancurkan bangsa sendiri dengan mempergadaikan agama. Kita sesama bangsa bertelagah dan tidak bersatu untuk mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara sedangkan orang lain menanti untuk melihat Islam dan Melayu tergadai di bumi sendiri.
Kepada generasi muda haruslah melihat dan memikirkan dengan sebaiknya akan masa depan kita di bumi yang menjadi rebutan ini. Jangan kerana semangat perjuangan yang berkobar-kobar kita usung dengan obor yang salah. Sekali kesilapan yang kita buat tidak mustahil negara yang kita bina selama ini akan musnah dalam sekelip mata.
Hayati perjuangan bangsa kita ini. Jangan menang sorak kampung tergadai....

Monday, January 31, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)