Powered By Blogger

Friday, February 11, 2011

Apa tujuan Tok Guru mahu berdebat?

Geram dan tercabar... mengapa Tok Guru begitu optimis mahu berdebat? Apakah motifnya? Dah tentu bila berdebat akan mengaibkan bila kalah dalam perdebatan.Apakah perdebatan ini untuk menegakkan agama atau sekadar mencari publisiti politik?

Bila cabaran dibuat maka akan adalah penyahutnya. Maka akan terjadilah pertembungan antara dua pihak. Apabila ianya terjadi kesan menyeluruh akan menunjuk terus ke arah agama Islam dan bangsa melayu. Ideologi politik yang berbeza tetapi agama yang dipertaruhkan semata-mata untuk melihat siapa kuat dialah kudrat.

Jangan kerana politik maka kita sanggup menghancurkan bangsa sendiri dengan mempergadaikan agama. Kita sesama bangsa bertelagah dan tidak bersatu untuk mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara sedangkan orang lain menanti untuk melihat Islam dan Melayu tergadai di bumi sendiri.

Kepada generasi muda haruslah melihat dan memikirkan dengan sebaiknya akan masa depan kita di bumi yang menjadi rebutan ini. Jangan kerana semangat perjuangan yang berkobar-kobar kita usung dengan obor yang salah. Sekali kesilapan yang kita buat tidak mustahil negara yang kita bina selama ini akan musnah dalam sekelip mata.

Hayati perjuangan bangsa kita ini. Jangan menang sorak kampung tergadai....