Assalamualaikum........
Awakkk.....
Ketika ini saya masih lagi keseorangan. Tiada sesiapapun menemani saya. Saya sepi la awakkk...
Saya selalu menyatakan saya tak boleh jika awak tak ada dengan saya. Memang betul pun. Apatah lagi disaat saya benar-benar memerlukan awak. Tika ini saya perlukan awakkk......
Saya tahu...ada lagi orang yang lebih memerlukan awak. Saya tidak boleh untuk menarik awak menemani saya. Saya tahu seharian ini orang lain dan rakan-rakan awak masih memerlukan awak sangat-sangat. Saya kena hormati itu dan saya kena akur.
Awakkk.....
mengadakah saya dengan awak? Saya terlebih-lebih ke dengan awak? Kalau saya begitu saya harap awak maafkanlah saya. Mungkin tanpa saya sedari yang saya tidak sepatutnya begitu. Saya salah kiranya saya cuba bermanja dengan awak. Saya juga salah kerana inginkan perhatian dari awak.
Maafkan saya ye...
Awakkk.....
awak terlalu istimewa pada saya. Saya tahu saya boleh berkongsi dengan awak. Awak baik. Awak selalu ambil berat akan saya. Saya suka jika boleh bercakap dengan awak. Awak sentiasa mendengar. Awak jugak manja. Saya suka dengan kemanjaan awak. Saya jugak suka dengan lontaran suara awak bila awak bersuara. Suka saya.
Awakkk...
awak tahu tak? Saya pun berharap untuk saya dapat minum dengan awak. Sukanya saya bila awak cakap lepas ni nak gi minum ramai-ramai. Saya pun laparlah. Saya sengaja tunggu untuk makan dengan awak. Saya tahu lepas selesai semua tentu awak pergi minum. Bila pergi minum tentu saya dapat makan dengan awak. Tapi........
Ermmm....tak pe la.
Awakkk.....
T.kasih segalanya di atas kecaknaan awak pada saya selama ini. Saya tahu awak memang baik. Beruntung saya dapat mengenali awak. Saya jugak tahu saya takkan dapat bersama dengan awak selamanya. Namun seandainya saya pergi saat ini pun pasti akan saya bersama segala kenangan bersama awak. Awak tau tak? Ia terlalu indah bagi saya. Saya akan abadikan di dalam hati saya ini agar ia akan terus bersemadi bersama saya selama-lamanya.
Awakkk......
saya penatlah...mungkin sebab saya lapar kot. Saya nak rehat dululah. Tadi pun saya dah rehat. Saya tak nak fikir banyak-banyak lagi. Kalau saya fikir akan jadi stress. Bila stress tau la apa akan jadi. Saya pun tak puas lagi nak berbicara dengan awak tapi keadaan saya tidak mengizinkan. Saya sakitlah awkkk...tapi sakit lagi di hati saya ini bila mengenangkan apa yang telah berlaku pada saya hari ini. Mcm saya ni menumpang di rumah sendiri. Tak pe la awk...saya simpan je semua tu.
Awakkk......
tahniah ye. hari ini awak dan kawan-kawan telah berjaya. Ramai orang datang. Walaupun saya sekadar melawat saja tadi tapi hati saya suka bila melihatkan sambutan yang diberi. Saya jugak terharu dan bangga dengan adik-adik saya yang sanggup turun membantu. Hanya Allah yang dapat membalas jasa dan pengorbanan mereka.
Awakkk.......
awak jangan risaukan saya lagi. Nanti awak ada komitmen lain yang perlu awak tunaikan. Hujan-hujan macam ni alangkah bahagianya dapat bersama keluarga. Mungkin saya ditakdirkan begini.
Ingatlah pesanan saya. Setiap yang datang pasti akan pergi. Setiap yang muncul pasti akan HILANG.
Namun roh dan semangat perjuangan saya akan terus bersama awak. Sesuangguhnya perjuangan ini takkan TERHENTI DI SINI... Akhir kata dari saya segalanya akan saya abadikan dari awal perkenalan kita. Setiap detik yang berlalu akan menjadi suatu kenangan yang terindah. Ia takkan sesekali dilupakan. Pastinya akan saya abadikan dalam 'Sweet Memory'.
Awak yang teristimewa............

No comments:
Post a Comment