Powered By Blogger

Wednesday, August 3, 2011

Sandiwara Belaka

Assalamualaikum.....

Kembali semula di arena ini setelah sekian lama terlalu banyak tugasan yang harus diselesaikan. Perasaan lega setelah tugasan di kem dapat diselesaikan hingga ke akhirnya. Namun pelbagai suka dan duka sepanjang mengendalikan kursus tidak dapat nak dilupakan. Yang pasti lebih banyak pengalaman pahit yang dapat dirasakan. Hinggakan selepas kem habis pun masih lagi belum selesai.

Ketika di dalam kem beberapa kali NM yang kupanggil kak nor menemui aku memohon izin untuk membenarkan adik angkatnya ke mari. Adik angkatnya itu NMR bukan orang lain kerana pernah menjadi kekasih aku. Aku katakan pd NM kenapa mesti dapatkan keizinan aku kerana bukan aku yang berkuasa di dalam kem. Dipendekkan cerita aku serah je pada NM kerana aku tidak berkuasa untuk menhalang sesiapa yang ingin hadir melawat ke kem.

Aku tidak tahu apakah sebenarnya tujuan NMR datang ke kem. Untuk menemui aku? Tentunya tidak sekali-kali kerana aku adalah orang paling dia benci. Aku jugak orang yang sering dihina kerana kasta aku yang rendah dan selalu diumpatkeji oleh masyarakat yang ada disekeliling aku.

Setiap kali NMR datang ke kem, aku adalah orang yang terkemudian dapat tahu. Lepas tu akan ada kawan-kawan aku yang datang menemui aku mengajak aku untuk keluar minum atas permintaan NMR. Namun seperti selalunya aku akan menolak kerana ajakan itu bukan untuk aku pun dan kalau betul nak ajak aku minum mengapa perlu disampaikan melalui orang lain? Fon aku kan ada? Mesej aku untuk kata macam-macam boleh pulak. Nak ajak minum pakai orang tengah.

Setelah beberapa kali hadir ke kem baru aku dapat tahu bahawa tujuan NMR ke kem adalah untuk berbaik semula dengan aku. Entah ye entah tidak aku pun tak tahu tapi itulah yang disampaikan oleh teman-teman NMR seperti kak NM. Aku jugak diajak berjalan-jalan walaupun jam dah 4 pagi. Naik van yang dipandu oleh kawan aku ZAZ. NMR juga naik dan duduk bersebelahan dengan kawan aku NHN. Aku di tempat duduk belakang mereka.

Selang beberapa kilometer keluar dari kem NMR beralih ke tempat duduk aku di belakang dan terus menyandar di bahu kiri aku. Aku melihat apa yang dilakukannya dan memikirkan apakah sebenarnya yang ingin dilakukannya. Ternyata dia memegang tanganku dan kami berbual walaupun aku hanya bertutur bila ditanya.

Rupa-rupanya di siri kursus yang akhir itulah setelah dinasihati oleh kak NM maka NMR datang untuk memulihkan kembali perhubungan kami. Aku tidak pantas memberikan keputusan kerana aku tahu aku bukanlah lelaki yang terbaik untuknya. Aku yang telah dicaci,dihina dan dihebohkan bukan saja melalui mulut tetapi jugak di FB. Setelah kata aku macam-macam masih mahukan aku lagi ke? Takkan aku yang NMR katakan jantan tak guna,penipu,kaki betina dan macam-macam lagi masih NMR mahu kembali pada aku??? Tapi betul. NMR memang mahu kembali pada aku.

Selang seminggu kem habis, ajak aku pergi bercuti. Aku berikan pelbagai alasan kerana aku perlu berhati-hati. Setelah diminta berkali-kali dan kawan baik aku juga mengajak aku pergi lalu aku turutkan. Bila pergi bercuti walaupun sehari aku ingatkan aku benar-benar diperlukan kerana kasih dan sayangnya NMR kepada aku. Gambar diambil dengan bermacam gaya. Seolah-olah mesranya kami dan kembali sebagai pasangan kekasih.

Jelas dan nyata semua itu hanyalah sandiwara belaka. Sekali saja aku tidak menurut katanya penuh ruangan di FB kutuk aku macam-macam. Mesej dihantar dengan pelbagai kata nista untuk ku. Siap nak saman aku lagi. Aku tidak akan lari dari kenyataan. NMR yakin aku tidak mampu untuk melawannya di mahkamah kerana aku ini miskin dan susah. Seandainya itu menjadi kenyataan maka lihatlah nanti siapa yang akan menanggung malu dan apakah ia akan berakhir di situ.

Pada aku, perasaan ini semakin kuat. Namun bukan aku sengajakan. Bukan jugak aku menuju kepada semua kaum hawa. Akan tetapi daripada perlakuan mereka ini jelas membuatkan aku semakin membenci sebahagian dari kaum hawa ini. Hipokrit dan penuh sandiwara...

1 comment:

  1. hope tabah menghadapinya..walaupun dah byk tomahan yg awk terima darinya,awk masih baik dgn dia..apa2 pun jika ade keikhlasan dan kejujuran pasti kebenaran akan diketahui..awk kene ingat masih ade insan yg akan sentiasa berada disisi awk, x kira dia jauh atau dekat..yg psti awk x keseorangan..diharap dibulan yg mulia ini menjadikan satu ketenangan dalam hidup awk.

    ReplyDelete