Powered By Blogger

Thursday, June 23, 2011

Perjuangan Melayu Generasi Baru

Assalamualaikum.

Salam hormat buat semua. Pergolakan yang berlaku di antara sesama bangsa Melayu di dalam negara kita ketika ini seperti menggambarkan bahawa pertembungan bangsa dalam menghadapi situasi pilihanraya kian meruncing.

Amat membimbangkan bilamana generasi baru Melayu hari ini masih tidak menyedari bahawa tanggungjawab mereka adalah besar bagi menentukan kedudukan orang Melayu selepas ini. Tidak dapat tidak harus diterima bahawa selama kita merdeka pemerintahan negara ditentukan melalui proses pilihanraya. Negara kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen yang rajanya berperlembagaan. Sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Apakah generasi muda Melayu hari ini menyedari bahawa negara amat memerlukan tenaga mereka. Pengundi baru Melayu dikatakan bakal penentu kepada kedudukan kuasa politik Melayu selepas ini. Namun apakah mereka menyedari semua itu? Tiada siapa yang berani memberikan jaminan.

Kepada siapakah tanggungjawab ini harus diberi bagi menyedari generasi baru Melayu? Kalau nak diharapkan kepada parti politik semata-mata apakah tanggungjawab itu akan tertunai? Lihatlah apa yang berlaku kepada parti-parti politik Melayu yang ada ketika ini. Apakah mereka telah menunaikan tanggungjawab mereka?

Semoga akan ada pihak-pihak yang akan mengambil tanggungjawab ini. Bukan hanya mengharapkan kepada parti-parti politik semata-mata. Bagi meneruskan perjuangan bangsa maka bangsa Melayulah yang sewajarnya mengambil tanggungjawab ini. Sayangilah bangsa kita........

No comments:

Post a Comment